July 8, 2011

I'll pay for it, husband!




*beberapa minit setelah sah bergelar isteri kepada insan yang dicintai separuh mati!*


Assalamualaikum...
Ok, fine! Dah sebulan 11 hari kau kawen baru kau nak upload gambar sikit-sikit kan kan... Sila salahkan encik fotografer yang janjinya 3 minggu lepas nak kasik dvd gambar-gambar suami & isteri ini huhu xpe lah, alasan yang munasabah so tunggu ajolah (walaupun dah mcm takut nak balik umah mak mertua sbb nnt bapak mertua soal gambar dah siap ke belom huhu

Well, xdelah nak cite pasal hari kejadian tu sangat. Cuma nak bercerita pasal hari ni.
Pagi tadi pergi Hospital Pantai Ampang untuk medical check up. More to insurance sebenarnya tapi pada saya saya kena rela under go beberapa prosedure yang might be tak bagus untuk insan lain (jika ada) huhu. Sebab my concern is nak tahu sangat-sangat keadaan diri selepas surgery tu kan. So hari ni saya dan UA cotilah... (UA? follower twitter mungkin ada yang tahu la kan UA stand for uncle abang, panggilan Nurdini Huda untuk my husband) Maka pagi-pagi kitorang bangun mcm nak g kerja tu, kemas-kemas rumah sikit sambil UA kemas barang-barang dia nak g camping pastu g breakfast kat Kak Eton then bergerak-gerak ke hospital. Sampai sana amek statement bagai so masuk la jumpa doktor. A few regular prosedure dia ukur panjang parut, dia suruh tunduk, bongkok, angkat kaki, mencangkung, menari.... Ok, menari adalah tipu! Hehehe...

Lepas tu doktor suruh x-ray. What? X-ray? Alah ape de hal...
Ok, Ape de hal kat korang kan takat x-ray je kan tapi bagi newly wed mcm kitorang yang belum tau apa tanda-tanda, apa the do n the don't ni, kitorang mcm takut-takut la kalau saya terkena buatan orang huhuhhuhu buatan UA la kan! Ok, fine! Lepas surgery hari tu kitorang dah berbincang dan bersetuju untuk hidup berdua hingga ke syorga kan... Ofcoz la huhu, ok, memain! I mean kitorang dah bersetujulah untuk hold dulu setahun dua untuk menjadi ibu-bapa-penjaga. SEBAB???
(1) Doktor (dan therapist) dah pesan awal-awal & selalu-selalu supaya kitorang honeymoon aje dulu setahun dua ni sbb saya under observation ++ case saya tu kritikal.
(2) Saya takboleh carry heavy things & being pregnant with your big belly, doesn't it mean beban? Don't get me wrong, k! Bukan nak kata anak tu beban tapi berat kan beban untuk tulang belakang saya. Sekarang ni nak bawak diri sendiri pun ada masa-masanya buat saya menangis teresak-esak, so rasanya tunggu dululah ye, AYAH! (Yes, UA nak suruh bby panggil dia AYAH!)
(3) Sekarang progress saya ketika rehab adalah bagus. U know, walaupun baik tapi tetaplah waktu fisio tu saya menangis-nangis kesakitan. So cuba bayangkan kalau saya mengandung kan. 1st trimester tu sure takleh fisio sebab kena jaga kan. 2nd trimester baru boleh start tu pon very light exercise sampai lah bersalin. So ade kemungkinan muscle saya lemah semula kan. Pastu cuti berpantang 2 bulan. Korang bayangkan ajelah camane saya nak start fisio semula dari bawah... Bayangkan! Sure meraung-raung bagaikan...

Tapi semua tu kuasa tuhan. Kita tak tahu apa akan jadi waima sebentar sahaja lagi, kan? SO walaupun berhati-hati tapi saya tetap takut. Bukan takut pregnant tapi takut kalau0kalau saya TAK TAHU yang saya pregnant!

Mula-mula saya dapat call yang bagitau appoinment tu, terus saya g Guardian untuk beli pregnancy test kit. Alhamdulillah, negatif! (Penegasan sekali lagi, BUKAN tak nak, tapi belum boleh... Percayalah saya sedih!) Lepastu atas nasihat beberapa orang teman yang juga doktor, saya test sekali lagi semalam. Juga negatif. Maka tadi saya setuju untuk dix-ray. Untuk pengetahan semua, kawasan nak dix-ray tu memang kena kat area-area uterus la so memang dorang takleh cover dengan kanvas keras tu kan. Nak tak nak sebab fikir kesihatan diri (takpelah kalau orang nak kata saya selfish dan tak fikir pasal baby *kalau ada* sebab saya yakin dengan apa yang saya buat), saya sign agreement yang takkan buat pape kat pihak hospital kalau saya positif pregnant lepas ni.

Keluar dari bilik x-ray tu saya tengok UA masih pegang buku Early Parenting. Sedih, ok! Mula-mula sampai dia dah pegang buku tu pastu cek-cek kat saya week 1-6 signs. Adalah satu dua tapi saya rasa saya tak pregnant (nak jugak!) so saya bgtau UA saya sign form tu.
"B, I'll pay for it, B... I'll pay for it if say we are expecting! I'll pay for my decision!"

Tapi thanks Allah, UA saya sangat memahami! "Tuhan tahu kerja Dia!" Then lepas tu we head back to doctor's room untuk tahu keputusan x-ray... Ok, yang ni saya lemah! Terus lupa pk kalau-kalau termengandung tu kan huhu Kenapa? Sbb spinal saya.... SENGET! Ye, dia senget! Mula-mula saya tak tercakap tapi UA terus tanya doktor tu "Kenapa tulang dia macam tu?" dan saya jawab, "Ye, kenapa senget?" Doktor tu kata mungkin posture saya lepas surgery tu x betul. Apa-apa pun saya kena rujuk doktor saya sendiri. Terus rasa nak jumpa Dr. Malik tu esok. Ye, esok! Tapi next appoinment saya 20/7 nanti... Maka perlu tunggu sambil tak putus berdoa...

Ya, Tuhan... Tambahkanlah keimanan dan kekuatan kamu terhadap ketentuan-MU!




*waktu sambut menantu with PTD Huda Rahim*

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers